It’s KRoMaShA’s

So…Be it…

Atas nama cinta -Rossa-

Aku wanita yang punya cinta di hati
Ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Kelam

Mengapa kelam sering sinonimnya malam?

Kenapa terang selalu dikaitkan dengan siang?

Mengapa?

Mengapa ada tikanya sukar menjadi yang asing?

Kenapa khalayak sukar menerima yang terpinggir?

Kenapa?

Mengapa mahu merubah orang mengikut kehendak kita?

Kenapa tidak menerima mereka seadanya?

Mengapa?

Mengapa aku kadangkala jadi bosan perihal manusia?

Kenapa aku jelik akan perangai mereka?

Kenapa?

Mengapa perlu ku ulang ayat yang sama?

Kenapa aku yang dikritik dan dihakimi?

Mengapa?

Mengapa tidak kau biar saja diriku sebegini?

Kenapa perlu aku menjadi orang yang aku tidak ingini?

Kenapa???????????

Tenang

Aku tenang..

Melihat alam..

Merenung dedaun ditiup bayu..

Mendongak ke langit biru..

Merasa kasarnya pepohon Jacaranda

Diatur sepanjang bukit kecil..

Disisi laluan harianku..

 

Hati ini penuh dengan rahsia..

Yang hanya aku dan Tuhanku..

Mengetahui..

Dan jiwa ini umpama teka-teki..

Bukan semua terdaya menyelesaikannya..

kecuali yang sabar dan tega..

 

Diri ini tak pinta belas sesiapa..

Hanya mengharap sekelumit rasa..

Untuk memberiku ruang..

Bernafas dan berfikir..

Memerhati dan meneliti..

Dan menghadiahkan..

Secebis keringat buat insan-insan..

Di sekelilingku..

 

Aku butuhkan waktu menyendiri..

Buat koreksi diri..

Sebagai persiapan menghadap Ilahi…

Dan untuk itu aku pinta..

Berikanlah aku ruang untuk..

Bernafas dan berfikir..

Dan lepaskanlah aku..

Dari segala tuntutan-mu..

Yang tak bisa aku penuhi…

 

 

 Kromasha

04 Disember 2008

 

Rumah aku

View Larger Map

Berdirinya seorang perindu - Ibnor Riza


Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji
Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia
Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan
Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu

Mentari

Aku duduk disini

Termangu menanti sang mentari menjelma

di celah susunan awan kelam

Ku ditemani unggas setia

Bersama menantikan fajar ceria

Sejuk dingin angin menyapa

‘Shawl’ diriba ku tarik melilit ke tubuh

dingin berkurang jemu bertambah

sampai kapan aku harus menunggu

aku bangun mengangkat kaki

tangan mencecah pepohon mangga

terkena sarang merengus sang kerengga

ku tak betah lagi di sini

lambaian selamat tinggal ku acukan

kepada mentari, awan, pepohon, serangga

akan ku cari dikau mentari

di unjuran bumi Tuhan yang lain

meneruskan musafir seorang hamba

yang mengimpikan redha PenciptaNya

yang membutuhkan ketenangan dua dunia

amiiiin

 

-KrOmAsHa-

7 September

Kuala Lumpur

Jika sayang…

Jika sayang..

pada diri sendiri…

Duka hilang, ceria yang datang

Tenang pun akan bertandang…

 

Jika sayang pada diri..

tak merosakkan jiwa raga..

dengan kenangan lama.. 

kenangan baru cuba dicipta…

 

Jika sayang pada diri…

tidak menurutkan sahaja kata hati…

Fikiran waras menjadi teman..

Sepanjang-panjang perjalanan

 

Jika sayang pada diri sendiri

Kerja di dunia, akhirat tak dilupa

Restu ayah bonda menjadi syarat

hidup tak sia-sia malahan berkat

 

-KrOmAsHA 2007-

23 Nov 2007

Debu-debu dosa- Hijjaz

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

AKU - re-published & re-edited

Menyusuri perjalanan semalam.. aku semakin menyedari.. akan hikmah atas segala yang berlaku.. kesyukuran kadangkala datang sendiri.. Ada masanya ia perlu dicari.. meskipun celik tp hati manusia boleh jadi buta.. boleh jadi juga mata buta tp hatinya celik.. keredhaan manusia?.. itukah matlamat kita?.. redha Ilahi bagaimana pula?.. kita merintih akan perhatian.. tetapi bagaimana diri kita.. pernahkah kita prihatin?.. percayalah teman.. orang yang tidak memberi tidak akan benar-benar menerima.. orang yang tidak benar-benar mendengar.. tidak akan didengari.. apa yang lahir dari hati akan masuk ke dalam hati.. keikhlasan itu halimunan.. tp teman, kehadirannya boleh dirasa.. meskipun hy pada insan-insan tertentu.. dan aku hanyalah aku… jgn kau paksa.. ku takut aku akan lari.. jgn kau letak harapan yg tinggi.. ku takut aku xcukup kuat menggapainya.. apa yg ku ada.. itu saja yg mampu kuberikan.. apa yg mampu aku usahakan.. ku akan cuba.. tp aku hanya aku.. tak lebih dan kurang dari itu.. duhai sahabat.. dari itu terimalah aku seadanya.. kerna aku juga menerimamu sedemikian rupa.. jika benar ikhlas itu ada di pinggiran hatimu.. =)

Terimalah aku… kebaikkan ku… kelebihanku.. kelemahan ku.. kedaifan ku.. kerna aku tidak sempurna… dan tak akan pernah sempurna… jika kau tidak dapat menerimaku, maka lepaskan daku… untuk mencari kesempurnaan yang kau dambakan…  aku tetap akan berada disini.. mengecapi nikmat yang Allah kurniakan tanpa henti dan tanpa syarat… tanda kasihNya.. dan kita sering lupa siapa kita di dunia ini..  yg x lebih drpd seorang musafir.. yg berhenti berteduh di alam fana.. sebelum meneruskan perjalanan ke Darul Qoror… dan kita hanyalah insan-insan fakir di sisi Allah…

-Wallahua’lam-

Meshary al-arada - Dust is my bed (Farshy at-turab)

Meshary Al arada’s ‘farshi al turab’ 

فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي 

Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bedAnd love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it.